Monday, November 3, 2014

-Program Latihan Khas untuk Guru-

TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI

PLuG TMK Tahun 5


Tarikh:                               3-5 NOV 2014
Tempat:                             SK. SULTAN ISMAIL PETRA (2), KOTA BHARU
Masa:                                 8.30 PAGI - 4.30 PETANG
Penyelaras TMK PPD:   TN. HJ. ROSLI BIN HASSAN (019-9056645)


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wa barakatuh,

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana akhirnya kami dari Unit Multimedia SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-QARI dapat menghasilkan sebuah blog khusus untuk subjek TMK.




YAYYY! 



OK. (mood kembali formal)

Seorang guru daripada sekolah kami telah dipilih bg menyertai program latihan ini. Kriteria yang diberikan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan ialah:

1. guru mestilah mahir dalam bidang TMK
2. guru yang dikenalpasti akan mengajar TMK tahun 5 (2015)
3. sekolah yang memerlukan lebih daripada seorang guru untuk mengajar subjek TMK tahun 5 perlu mengisi maklumat guru berkenaan yang dihantar melalui e-mel 1Bestarinet sekolah untuk mengikuti kursus fasa ke-2

Program ini disertai oleh lebih 34 orang guru dari 34 buah sekolah-sekolah di seluruh daerah Kota Bharu.

di bawah adalah jadual program tersebut yang berlangsung selama tiga hari.



PERSEDIAAN KEPERLUAN KURSUS:

* komputer riba yang dipasang dengan perisian Microsoft Office Access 2007/2010
* setiap peserta perlu mempunyai akaun gmail (bagi tujuan daftar akaun blogspot)
* extension wire
* modem broadband @ peralatan capaian internet

DOKUMEN BAGI TUJUAN TUNTUTAN PERJALANAN (dihantar pada hari akhir kursus)

* borang tuntutan perjalanan yang lengkap diisi dan disahkan oleh pentadbir
* borang kebenaran bertugas luar pejabat yang lengkap diisi dan disahkan oleh pentadbir
* salinan akaun bank yang telah disahkan oleh pentadbir


borang tuntutan perjalanan boleh dipos ke alamat berikut:

SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK,
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN,
BANDAR BARU TUNJONG,
16010 KOTA BHARU, KELANTAN

(UP: PN ZURIAH BINTI MUHAMMAD)






No comments:

Post a Comment